Saturday, May 12, 2012

KEJOHANAN BOLA JARING MSSD BAWAH 12

Tahun ini, buat julung-julung kalinya SK Lemoi telah menghantar penyertaan ke Kejohanan Bola Jaring peringkat MSSD bawah 12 tahun. Tahun ini juga merupakan tahun pertama SK Lemoi memperkenalkan permainan bola jaring dan menubuhkan kelab bola jaring di sekolah untuk murid-murid perempuan.




 Berjalan kaki untuk keluar kerana keadaan jalan yang teruk dan tidak mengizinkan untuk mereka membonceng motor guru. Bimbang berlaku kejadian yang tidak diingini. Murid-murid diiringi oleh guru untuk berjalan sehingga ke Bukit Pasir. Di Bukit Pasir, mereka akan menunggu guru lelaki dan dari sana baru membonceng untuk keluar.

 Berhenti rehat seketika untuk menghilangkan penat dan dahaga. Keadaan cuaca agak panas pada hari tersebut.

Kenderaan awam Lemoi. 


Menikmati makan tengahari sebelum ke pertandingan.

Tekun mendengar amanat pengurus pasukan - Miss Afidah.

Sesi memanaskan badan.




Alhamdulillah, dengan tidak disangka-sangka SK Lemoi berjaya mara ke peringkat suku akhir dan mendapat tempat ke5 keseluruhan daripada 18 pasukan yang bertanding. 


 Kepenatan selepas tamat perlawanan.


 Tahniah diucapkan kepada para pemain yang mewakili sekolah. InsyaAllah tahun hadapan kita cuba lagi. Kita tempur lagi.


KARNIVAL BM

Untuk Karnival Bahasa Melayu kali ini, SK Lemoi telah menghantar peserta untuk Bercerita Tahap 1 - Shaharul Asziedienie A/L Samsudin (Mat Yo), Bercerita Tahap 2 - Asrin A/L Yasin dan Pidato - Awit A/L Bah Sairun.

Alhamdulillah, SK Lemoi berjaya mendapat naib johan bagi kategori bercerita tahap 1 dan 2. Manakala johan untuk pidato

 Sebelum berangkat ke tempat pertandingan. Peserta bersama skrip masing-masing yang akan diserahkan kepada juri.

 Awit menunggu giliran.

 Awit menyampaikan pidato yang bertajuk "Sungai Kita, Hidup Kita"

 Mat Yo menunggu giliran.

 Mat Yo menyampaikan cerita yang bertajuk "Sang Tupai dan Anaknya"

 Asrin dengan cerita yang bertajuk "Kenyam Yang Pemalas"

 Santai Mat Yo dan Awit :)

 Awit - Johan Pidato Kategori SK Pos.

 Mat Yo - Naib Johan Bercerita Kategori SK Pos.

Asrin - Naib Johan Bercerita Kategori SK Pos.

Tahniah!!!