Saturday, May 12, 2012

KEJOHANAN BOLA JARING MSSD BAWAH 12

Tahun ini, buat julung-julung kalinya SK Lemoi telah menghantar penyertaan ke Kejohanan Bola Jaring peringkat MSSD bawah 12 tahun. Tahun ini juga merupakan tahun pertama SK Lemoi memperkenalkan permainan bola jaring dan menubuhkan kelab bola jaring di sekolah untuk murid-murid perempuan.




 Berjalan kaki untuk keluar kerana keadaan jalan yang teruk dan tidak mengizinkan untuk mereka membonceng motor guru. Bimbang berlaku kejadian yang tidak diingini. Murid-murid diiringi oleh guru untuk berjalan sehingga ke Bukit Pasir. Di Bukit Pasir, mereka akan menunggu guru lelaki dan dari sana baru membonceng untuk keluar.

 Berhenti rehat seketika untuk menghilangkan penat dan dahaga. Keadaan cuaca agak panas pada hari tersebut.

Kenderaan awam Lemoi. 


Menikmati makan tengahari sebelum ke pertandingan.

Tekun mendengar amanat pengurus pasukan - Miss Afidah.

Sesi memanaskan badan.




Alhamdulillah, dengan tidak disangka-sangka SK Lemoi berjaya mara ke peringkat suku akhir dan mendapat tempat ke5 keseluruhan daripada 18 pasukan yang bertanding. 


 Kepenatan selepas tamat perlawanan.


 Tahniah diucapkan kepada para pemain yang mewakili sekolah. InsyaAllah tahun hadapan kita cuba lagi. Kita tempur lagi.


0 Nota:

Post a Comment