Saturday, April 2, 2011

KARNIVAL KO-AKADEMIK BAHASA MALAYSIA


Sempena Karnival Ko-Akademik Bahasa Malaysia yang berlangsung di SK Brinchanga baru-baru ini, SK Lemoi telah menghantar dua orang murid untuk Pertandingan Bercerita Tahap 1 dan Tahap 2. Tahap 1 diwakili oleh Muhammad Ilham Abadi Bin Jusoh daripada Tahun 3 manakalan Tahap 2 diwakili oleh Man A/L Junaidi daripada Tahun 6.

Alhamdulillah kedua-dua mereka telah mendapat tempat Pertama bagi kategori SK Asli, walaupun hanya berlatih selama 2 minggu. 

Johan Tahap 1
Muhammad Ilham Abadi Bin Jusoh


Johan Tahap 2
Man A/L Junaidi


TAHNIAH !
Semoga kegemilangan ini sentiasa diteruskan...

0 Nota:

Post a Comment