Berbudi Berbakti
Sekolah Kebangsaan Lemoi telah dibuka pada awal tahun 80-an oleh pasukan renjer hutan melalui pendidikan tidak formal. Kemudian diambil alih oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Orang Asli yang telah menempatkan guru-guru dari JHEOA untuk membasmi buta huruf. Pada tahun 1998, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia secara rasminya telah mengambil alih pengurusan sekolah dan menjadikan SK Lemoi sebagai salah sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan. Pada tahun 2003, SK Lemoi telah mendapat bangunan sekolah baru yang telah dilengkapi dengan insfrastruktur terkini bagi kemudahan murid-murid orang asli belajar.
0 Nota:
Post a Comment