Sunday, March 4, 2012

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT DAERAH 2012

Sekitar Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah Cameron Highlands 2012. Tahniah kepada murid-murid SK Lemoi yang terpilih untuk mewakili sekolah. Mereka terdiri daripada Shaniza A/P Ali (4M), Wak Sinun A/P Othman (6M), Sarina A/P Jali (6M), Emadora A/P Bah Meli (4M), Rosmadi A/L Osman (5M), Roslin A/L Jamil (6M), Elza A/L Juli (6M) dan Bah Risit A/L Shahnudin (6M)



Team The Lemoians memakai Jersi Malaysia berwarna biru.






Tahniah kepada murid-murid SK Lemoi yang menunjukkan semangat juang yang tinggi. SK Lemoi berjaya mendapat tempat ketiga keseluruhan

Shaniza A/P Ali (ke-2), Wak Sinun A/P Othman (ke-3), Emadora A/P Bah Meli (ke-12), Sarina A/P Jali (ke-67, mengalami mabuk kenderaan yang teruk), Rosmadi A/L Osman (ke-5), Roslin A/L Jamil (ke-6), Elza A/L Juli (ke-17) dan Bah Risit A/L Shahnudin (ke-18).

Dengan itu, 4 murid SK Lemoi telah terpilih untuk mewakili Daerah Cameron Highlands ke Kejohanan Merentas Desa Peringkat Negeri 2012 iaitu Shaniza, Wak Sinun, Rosmadi dan Roslin.

 Emadora A/P Bah Meli (ke-12)

 Wak Sinun A/P Othman (ke-3)

 Shaniza A/P Ali (ke-2)

 Roslin A/L Jamil (ke-6)

 Rosmadi A/L Osman (ke-5)

Team The Lemoians. Berdiri belakang dari kiri Encik Wan Zamani, Tuan Guru Besar Encik Omardani, GPK Ko Encik Nik Zamri dan Encik Mohd Fadli.
Berdiri tengah dari kiri Emadora, Wak Sinun, Shaniza dan Rosmadi
Duduk dari kiri Elza, Sarina, Bah Risit dan Roslin

Tahniah diucapkan kepada semua murid dan guru yang terlibat. 



0 Nota:

Post a Comment