Sunday, February 5, 2012

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2012

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah SK Lemoi 2012 telah diadakan dengan jayanya pada hari Khamis bersamaan dengan 2.2.2012. 

Terimalah, gambar-gambar sekitar kejohanan berlangsung.

Acara membungkus hadiah untuk para pemenang. Hadiah untuk tempat pertama hingga kelima. 


Murid-murid mendaftar.

Murid sedia untuk dilepaskan dengan semangat yang berkobar-kobar dalam diri masing-masing kerana pemenang tahap 2 lelaki dan perempuan yang mendapat tempat pertama hingga ke empat akan dipilih untuk mewakili sekolah ke Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah pada 8.2.2012 nanti.


 Bersedia di garis mula. Murid dilepaskan mengikut tahap oleh tuan guru besar, Encik Omardani.

Pelbagai aksi dan ragam yang sempat dirakam lensa sepanjang kejohanan berlangsung. Kerana malam sebelum hujan telah turun, laluan agak licin dan basah serta berlumpur.

Tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah berjaya menamatkan larian mereka walaupun jarak pada tahun ini lebih jauh daripada sebelumnya.


Penyampaian hadiah kepada pemenang.
 Pemenang Lelaki Tahap 1
1. Sofian A/L Azman (3M)
2. Azardi A/L Juli (3M)
3. Mustafa A/L Jali (3M)
4. Dahari A/L Amat (2M)
5. Hafiz A/L Zairum (3M)


 Pemenang Perempuan Tahap 1
1. Sinah A/P Junaidi (3M)
2. Anis A/P Idris (2M)
3. Noramima A/P Bah Sairun (3M)
4. Dioi A/P Bah Leman (3M)
5. Kelyol A/P Bah Leman (2M)


 Pemenang Lelaki Tahap 2
1. Rosmadi A/L Osman (5M)
2. Roslin A/L Jamil (6M)
3. Elza A/L Juli (6M)
4. Bah Risit A/L Shahnudin (6M)
5. Arman A/L Bah Han (5M)

 Pemenang Perempuan Tahap 2
1. Shaniza A/P Ali (5M)
2. Wak Sinun A/P Othman (6M)
3. Sarina A/P Jali (6M)
4. Emadora A/P Bah Meli (4M)
5. Yanisa A/P Osman (4M)

 Bergaya dengan Queen Park Rangers (QPR)
Alhamdulillah, kejohanan telah  berlangsung seperti yang dirancang. Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang telah berjaya.

Tuan PPD, Haji Basirun telah melawat ke SK Lemoi pada hari yang sama.
 Perbincangan dengan guru-guru tahun 6 SK Lemoi.

 Perjumpaan bersama guru-guru dan kakitangan SK Lemoi.

Makan tengahari. Kari kambing istimewa Lemoi.

Tuan PPD keluar pada hari yang sama. Gambar: beramah mesra dengan guru-guru dan kakitangan SK Lemoi sebelum keluar.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan PPD kerana telah sudi datang dan menjenguk kami di SK Lemoi.

0 Nota:

Post a Comment