Sepanjang beberapa minggu lepas, hujan turun hampir setiap petang. Jadi, latihan merentas desa terpaksa dibatalkan. Alhamdulillah, pada hari Selasa lepas - cuaca adalah sangat cantik. Oleh itu, seawal jam 1530hrs lagi murid-murid diminta untuk berada di tapak perhimpunan. Tidak boleh tunggu petang kerana dikhuatiri hujan akan turun sepertimana kebiasaan.
Selepas sedikit sesi memanaskan badan, murid-murid dilepaskan dengan diiringi oleh semua guru SK Lemoi. Oleh kerana, jalan lecak yang penuh lumpur - murid dinasihatkan agar tidak memakai kasut sekolah. Dikhuatiri kasut mereka akan rosak. Murid-murid apalagi, bagaikan orang mengantuk yang disorongkan bantal sahaja. Mereka dan kasut adalah satu kombinasi yang tidak berapa ngam sebenarnya. Mereka berkaki ayam adalah satu kombinasi terbaik yang wujud secara semulajadi sejak turun temurun lagi. Berkaki ayam buat mereka rasa selesa berlari.
Sungai yang dingin airnya bagai menggamit-gamit untuk mandi. Tapi sekarang arus agak deras kerana hujan yang selalu turun. Warnanya juga tidak berapa jernih. Jadi, untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini - janganlah mandi di waktu ini.
Tiba-tiba, Encik Hanis lalu. Dengan helmet dan but segala, maka jelaskah disini yang dia perlu keluar. Adakah hendak membawa diri? Bukan, sebenarnya dia perlu menghadiri mesyuarat di PPD.
Subhanallah. Indah sekali sungai yang masih belum tercemar ini. Jagalah kebersihan sungai kita demi menjamin kesejahteraan anak cucu kita di masa hadapan.
Yaaa... itu dia, bakal juara baru SK Lemoi. Murid pertama yang hampir tiba di garisan penamat. Kenapa hampir tiba? Hahaha, kerana jurugambar dan wartawan hanya mampu menunggu di pertengahan jalan sahaja. Jauh benar kalau hendak berjalan kaki dalam usia begini. Laju betul Elza dengan Rosmadi ni. Trend biasa murid SK Lemoi kalau berlari, baju harus dibuka.
Cehhh. Naik motor bolehlah berlagak.
Seterusnya yang tiba, Bah Risit dan Dahari. Muka steady, cover sebab ada kamera.
New boy in school. Dahari. Sungguh tiada perasaan wajahmu itu.
Dieekori tidak berapa rapat oleh Jezzie dan Sofian. Malas dah nak pegang baju, jadi letak atas kepala sahaja. Tidak perlu komitmen tangan.
Hoh. Laju sungguh ni. Seriau takut tak sempat brek. Jalan menuruni bukit.
Sampai 3 helai baju yang Saiful pegang. Siapa yang buli Saiful ni?
Peserta perempuan pertama yang sampai, Cho. Kantoi sebab ikut jalan pintas. Naik atas bukit dalam hutan kat tepi tu. Pun ada baju kat tangan, baju adik barangkali.
Haaa. Memang pun Cho bawa baju adik dia. Ini buktinya, si Hairil tak pegang baju pun.
Ini yang namanya lari secara adik beradik. Kes tak nak tinggal adik atau adik mengada-ngada tak bagi kakak lari dulu.
Apa kes Nomadira ni? Malu sebab lari duduk belakang kot.
Tiba-tiba ada Shah Rukh Khan. Ini dia, bai jual aiskrim. Laju je Suhairi kat belakang kejar. Dengarnya kena paw dek cikgu lelaki. Aiskrim seorang satu. Patutlah lalu dekat kami buat-buat tak nampak. Takut kena paw lagilah tu. Sungguh gigih dia mengharung jalan ke Lemoi semata-mata untuk menjual aiskrim. Semangat ini wajib kita contohi.
Barisan paling belakang. Diiringi guru-guru, pastikan tiada yang tertinggal.
Sesi latihan merentas desa berlangsung dengan jaya akhirnya. Cuaca cerah sehingga latihan tamat. GPK Ko sedang memberikan taklimat dan amanat sebelum Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah yang akan dijalankan pada hari Khamis nanti.
Atas permintaan ramai supaya gambar ini disiarkan. Terimalah, si cantik Kampung Lemoi.
Sekian.
0 Nota:
Post a Comment